Wednesday 29 February 2012

Rayuan Rindu

buluh perindu mainkan lagu
dari seruling sakti sukmajatiku,
mendayu rayuan nan sayu
membuat aku terkulai layu ...

di aksara batin nan berhijab
kususun rasa berbariskan madah
di sukma hati menerawang jauh
meninta pelangi pelbagai rasa warna

lamunan rindu disentak masa
ilusi terpadam dalam sedar
lagu rindumu tetap kuhayati
kini menjadi rakaman serelung hati :)



Noor Aisya

No comments:

Post a Comment